Monday, 16 April 2012

Lancar model baharu tahun depan | Proton


BEIJING 4 Nov. - Proton Holdings Bhd. (Proton) akan menambah rangkaian produknya dengan memperkenalkan sebuah model baharu yang dijangkakan berada di pasaran tempatan mulai tahun depan.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terkini yang hanya dikenali dengan kod nama P3-21A itu bakal dilancarkan bersama model terbaharu Proton Exora yang menjalani proses penambahbaikan.
''P3-21A ini merupakan model terbaharu kami yang didatangkan dengan reka bentuk terkini dan bukannya sebagai model gantian untuk Proton Persona.
''Ia sama sekali tidak menyerupai Persona seperti yang diperkatakan oleh orang ramai kerana secara keseluruhan ia merupakan sebuah kereta baharu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Ruang Pameran Lotus China dan Pelancaran Lotus Evora GTE dan T125 di Beijing, China, di sini semalam.
Jelasnya, P3-21A bersama-sama model Exora itu akan dilengkapi dengan sistem enjin Campro 1.6 cc yang terbaharu termasuk berkuasa turbo.
''Kami amat teruja untuk memperkenalkan P3-21A yang turut akan dihasilkan di China dengan usahasama syarikat pembuatan kereta China, Hawtai Motor Group Ltd. (Hawtai) untuk tujuan eksport," katanya.
Mengulas lanjut, Syed Zainal Abidin berkata, syarikat usahasama akan ditubuhkan bersama Hawtai bagi menjalankan pembangunan model berkenaan yang melibatkan perkongsian teknologi dan pembuatan.
''Kami memberikan mereka lesen untuk bangunkan kereta kita dan mereka pula mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kereta.
''Menerusi perkongsian ini kita mampu mengurangkan kos pembuatan di mana penghasilan kereta menjadi lebih murah dan pada kadar kompetetif selain mengurangkan kadar eksport ke negara lain.
''Usahasama strategik ini secara tidak langsung menyaksikan Proton tidak perlu melabur banyak wang untuk membina kilang pembuatan di luar negara," jelasnya.
Tambah beliau, menerusi kerjasama itu juga Proton bercadang menghasilkan model kereta pandu sebelah kiri yang disasarkan untuk eksport ke pasaran negara Timur Tengah. - utusan

No comments:

Post a Comment

Like? Comment !

Zones @Zones